Soalan Lazim
-
Siapakah yang layak untuk memohon rumah kerajaan?
Kuarters kerajaan layak dipohon oleh anggota penjawat awam yang bertugas Jabatan Negeri atau Jabatan Persekutuan dalam Daerah Timur Laut sahaja.
-
Berapakah kadar sewa yang dikenakan bagi penghuni kuarters kerajaan ?
Kadar sewa kuarters kerajaan negeri adalah mengikut kelayakan Insentif Tetap Perumahan (ITP) seseorang pegawai dan pemotongan setengah daripada kos sara hidup.
-
Apakah kelayakan kelas kuarters mengikut gred jawatan dan Insentif Tetap Perumahan (ITP)?
Kelayakan kelas kuarters mengikut gred jawatan dan Insentif Tetap Perumahan (ITP) adalah seperti berikut:
GRED SISTEM
SARAAN MALAYSIAKADAR ITP
SEBULANKELAYAKAN
KUARTERS53 dan 54 RM900.00 C / B* 47 hingga 52 RM700.00 C 45 dan 46 RM700.00 D / C* 43 hingga 44 RM400.00 D / C* 41 hingga 42 RM300.00 D / C* 31 hingga 40 RM300.00 E / D* 27 hingga 30 RM300.00 E 21 hingga 26 RM300.00 F / E* 13 hingga 20 RM300.00 G 1 hingga 12 RM300.00 H, I dan J
* Jumlah potongan adalah 75% daripada nilai sebenar ITP
* Sekiranya kuarters kelas yang lebih tinggi mempunyai kekosongan -
Bilakah pemohon akan ditawarkan kuarters dilakukan setelah permohonan didaftarkan?
Pemohon akan ditawarkan kuarters mengikut senarai keutamaan dan tertakluk kepada kekosongan.
-
Adakah pemohon dibenarkan untuk memilih/mencadangkan unit kuarters yang akan ditawarkan ?
Pemohon tidak dibenarkan untuk memilih lokasi unit kuarters.
-
Adakah pemohon boleh menempah unit kuarters sekiranya diketahui bahawa unit kuarters terbabit akan dikosongkan?
Pemohon tidak dibenarkan untuk menempah unit kuarters.
-
Adakah pemohon diberi pertimbangan kuarters pada kelayakan kelas lebih rendah ?
Tidak
-
Adakah pasangan pemohon boleh memohon untuk menduduki kuarters walaupun kelayakan kelas kuarters adalah sama?
Tidak boleh. Hanya satu permohonan diterima bagi setiap pasangan.
-
Adakah penukaran peruntukan kuarters ke atas nama pasangan penghuni dibenarkan ?
Ya. Tertakluk kepada syarat di mana pasangan penghuni berkelayakan pada kelas kuarters yang sedang dihuni.
-
Adakah pemohon perlu mengemukakan permohonan baru sekiranya telah dinaikkan pangkat?
Tidak perlu. Pemohon hanya perlu mengemaskini dalam maklumat permohonan sistem ekuarters dan mengemukakan dokumen berkaitan(kenaikkan pangkat) kepada Unit Kuarters.
-
Sekiranya pemohon telah ditawarkan kuarters, adakah penangguhan boleh dilakukan?
Penangguhan boleh dipertimbangkan bagi tempoh 1 bulan sahaja dengan alasan yang munasabah.
-
Adakah kuarters yang telah ditawarkan boleh ditolak?
Boleh, namum pemohon perlu memohon semula jika masih berminat dan akan disenaraikan semula di dalam senarai menunggu
-
Jika pemohon menolak tawaran kuarters, bolehkah tawaran tersebut dipindahkan kepada rakan sekerja?
Tidak boleh. Kuarters terbabit akan diperuntukkan kepada pemohon lain berdasarkan giliran di dalam senarai menunggu.
-
Adakah permohonan pertukaran kuarters boleh dipertimbangkan?
Ya. Boleh dipertimbangkan atas faktor kesihatan (dokumen perubatan diperlukan) dan lain-lain hal yang diputuskan dalam Mesyuarat.
-
Adakah saya boleh memohon untuk berpindah ke kuarters lain sekiranya kuarters yang didiami sekarang mengalami kerosakan?
Ya. Penghuni boleh mengemukakan surat rayuan pertukaran kuarters sekiranya kuarters yang didiami mengalami kerosakan atau keperluan pelaksanaan kerja pembaikan major di kuarters berkenaan (kes kritikal).
-
Berapa unit diperuntukkan sebagai Rumah Bujang ?
Tiada rumah bujang disediakan.
-
Adakah Seksyen Pengurusan Aset & Bangunan bertanggungjawab ke atas harta benda termasuk kenderaan penghuni sekiranya berlaku kecurian?
Harta benda penghuni adalah di bawah tanggungjawab penghuni dan Unit Pengurusan Aset dan Bangunan tidak bertanggungjawab ke atas kes kecurian harta benda penghuni kuarters. Namun laporan polis perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam dan satu salinan laporan polis perlu dikemukakan ke Unit Pengurusan Aset & Bangunan seberapa segera.
-
Adakah saya perlu mengosongkan kuarters sekiranya saya membeli rumah di dalam kawasan lingkungan 25 kilometer perjalanan darat dari tempat bertugas?
Ya. Penghuni dikehendaki untuk mengosongkan kuarters dan sekiranya enggan keluar maka tindakan penguatkuasaan akan diambil.
-
Adakah dibenarkan untuk membuat sebarang pengubahsuaian struktur di kuarters kerajaan ?
Tidak dibenarkan.
-
Adakah saya perlu mengecat semula dinding kuarters yang telah dicat dengan warna selain dari warna asal dinding terbabit sebelum mengosongkan kuarters?
Ya. Penghuni dikehendaki untuk mengecat semula dinding kuarters yang telah dicat dengan warna yang lain dari warna asal dinding terbabit sebelum mengosongkan kuarters.
-
Adakah permohonan menduduki kuarters saya mempunyai tarikh luput?
Ya, Maklumat permohonan akan disimpan dalam sistem bagi tempoh 3 tahun Jika tiada sebarang pengemaskinian dalam tempoh tersebut, permohonan akan terbatal.