Selamat Datang

Sistem Permohonan Kuarters Daerah Timur Laut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Permohonan

Soalan Lazim

  • Kuarters kerajaan layak dipohon oleh anggota penjawat awam yang bertugas Jabatan Negeri atau Jabatan Persekutuan dalam Daerah Timur Laut sahaja.

  • Kadar sewa kuarters kerajaan negeri adalah mengikut kelayakan Insentif Tetap Perumahan (ITP) seseorang pegawai dan pemotongan setengah daripada kos sara hidup.

  • Kelayakan kelas kuarters mengikut gred jawatan dan Insentif Tetap Perumahan (ITP) adalah seperti berikut:

    GRED SISTEM
    SARAAN MALAYSIA
    KADAR ITP
    SEBULAN
    KELAYAKAN
    KUARTERS
    53 dan 54 RM900.00 C / B*
    47 hingga 52 RM700.00 C
    45 dan 46 RM700.00 D / C*
    43 hingga 44 RM400.00 D / C*
    41 hingga 42 RM300.00 D / C*
    31 hingga 40 RM300.00 E / D*
    27 hingga 30 RM300.00 E
    21 hingga 26 RM300.00 F / E*
    13 hingga 20 RM300.00 G
    1 hingga 12 RM300.00 H, I dan J

    * Jumlah potongan adalah 75% daripada nilai sebenar ITP
    * Sekiranya kuarters kelas yang lebih tinggi mempunyai kekosongan

  • Pemohon akan ditawarkan kuarters mengikut senarai keutamaan dan tertakluk kepada kekosongan.

  • Pemohon tidak dibenarkan untuk memilih lokasi unit kuarters.

  • Pemohon tidak dibenarkan untuk menempah unit kuarters.

  • Tidak

  • Tidak boleh. Hanya satu permohonan diterima bagi setiap pasangan.

  • Ya. Tertakluk kepada syarat di mana pasangan penghuni berkelayakan pada kelas kuarters yang sedang dihuni.

  • Tidak perlu. Pemohon hanya perlu mengemaskini dalam maklumat permohonan sistem ekuarters dan mengemukakan dokumen berkaitan(kenaikkan pangkat) kepada Unit Kuarters.

  • Penangguhan boleh dipertimbangkan bagi tempoh 1 bulan sahaja dengan alasan yang munasabah.

  • Boleh, namum pemohon perlu memohon semula jika masih berminat dan akan disenaraikan semula di dalam senarai menunggu

  • Tidak boleh. Kuarters terbabit akan diperuntukkan kepada pemohon lain berdasarkan giliran di dalam senarai menunggu.

  • Ya. Boleh dipertimbangkan atas faktor kesihatan (dokumen perubatan diperlukan) dan lain-lain hal yang diputuskan dalam Mesyuarat.

  • Ya. Penghuni boleh mengemukakan surat rayuan pertukaran kuarters sekiranya kuarters yang didiami mengalami kerosakan atau keperluan pelaksanaan kerja pembaikan major di kuarters berkenaan (kes kritikal).

  • Tiada rumah bujang disediakan.

  • Harta benda penghuni adalah di bawah tanggungjawab penghuni dan Unit Pengurusan Aset dan Bangunan tidak bertanggungjawab ke atas kes kecurian harta benda penghuni kuarters. Namun laporan polis perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam dan satu salinan laporan polis perlu dikemukakan ke Unit Pengurusan Aset & Bangunan seberapa segera.

  • Ya. Penghuni dikehendaki untuk mengosongkan kuarters dan sekiranya enggan keluar maka tindakan penguatkuasaan akan diambil.

  • Tidak dibenarkan.

  • Ya. Penghuni dikehendaki untuk mengecat semula dinding kuarters yang telah dicat dengan warna yang lain dari warna asal dinding terbabit sebelum mengosongkan kuarters.

  • Ya, Maklumat permohonan akan disimpan dalam sistem bagi tempoh 3 tahun Jika tiada sebarang pengemaskinian dalam tempoh tersebut, permohonan akan terbatal.

Hubungi Kami

Alamat:

Seksyen Pengurusan Aset dan Bangunan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Paras 25, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 10503

Telefon:

04-6505673/04-6505483/04-6505129/04-6505128